CHIFFON CHEESECAKE
Bahan A:
90g cream cheese
50g butter
80ml susu segar
2sudu besar jus oren
100g tepung gandum
5biji kuning telur gred A
Bahan B:
5biji putih telur gred A
secubit garam
100g gula kastor
1/4 sudu kecil krim tartar
Cara:
Panaskan oven 150-160c
Satukan bahan A KECUALI tepung dan telur..ke dlm periuk dan cairkan hingga sebati..Guna kaedah double boil..biarkan api perlahan..kacau hingga rata dan tidak berbiji2..sejukkan sebentar.
Masukkan tepung dan kacau rata menggunakan pemukul telur..
Masukkan kuning telur kacau lg hingga adunan xbergentel.
Bahan B: Pukul putih telur hingga berbuih..masukkan garam,krim tartar dan gula..putar lg hingga putih dan bertanduk..
Satukan bahan A dan B..ratakan secara kaup balik dgn menggunakan spatula.
Masukkan dlm loyang chiffon (xperlu sapu marjerin) bakar selama 60minit atau hingga keperang2an..pd suhu 160-170c
Sabtu, 16 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
tahniah hanie dah ada blog sendiri :))
tq2 kenari.br blaja2
Catat Ulasan