THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 1 Ogos 2011

TEPUNG PELITA VS LOYANG


Haa ni la rupe tepung pelita yg diisi dlm loyang tu..nauzubillah rasa cam nyesal pulek buh dlm loyang ni sbb susah benor nk mknnya,ye lar kuih ni kan lembik berair pulak..kalo korang xreti nk balut daun dia tu better buh lam cup dadih tu lg bagus..pape pon salute 2 me sbb berjaya juga membuatnya..kalo korang nk try sila study dlu betul2 supaya memudahkan keje2 memasak..


Bahan-bahannya:
Kita buat dlu adunan2 tepungnya.


Utk Lapisan Hijau
1 cwn tepung beras
1 cwn gula pasir (blh kurangkan kalo xsuka manis)
5 cwn air
5 helai daun pandan (diblend dgn sedikit air,perah dan tapis ambil airnya sj)
secubit kapur makan.


Cara:
* Campurkan semua bahan di atas dan kacau rata..biarkan dahulu.


Utk Lapisan Putih
4 cwn santan (dari sebiji kelapa)
6 sudu besar tepung beras
sedikit garam (agar rasa lemak masinnya nnt)


Cara:
Campurkan semua bahan dan gaul rata..ketepikan..


Lapisan Air Gula
1/2 biji gula melaka/kabung
1/2 cwn air


Cara:
Satukan gula dan air..masak hingga gula menjadi pekat..bila dh pekat masukan dlm loyang dan ratakan..
Masak lapisan hijau..kacau jgn berhenti hingga adunan menjadi pekat dan berkilat2..bila dah pekat letakkan dia atas lapisan air gula td..ratakan..
Masak lapisan putih..kacau tanpa henti hingga masak..ratakan atas lapisan hijau td..
SIAP!!!!!

0 ulasan: