THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 8 Ogos 2012

BENDI GORENG


Selamat Meneruskan ibadah puasa yg ke 19 arini..cepatnya masa berlalu minggu depan dah nk raya..bekalan utk pengisian ramadhan kali ini mcm masih taun2 lps je pun..nak kata meningkat xde sgt..harap2 10 ramadhan terakhir ni dpt dipenuhi dgn amalan2 utk bekalan disana nnti..

Arini xmasak apa pun,td jiran sebelah umh anta mcm2 juadah siap dgn kuih bagai..so sy goreng kerapu segar dan sayur bendi goreng ni sj...haa nk cite laa pasal bendi ni sebenarnya pemberian kawan pesbuk sy iaitu JU KAMA dr Ipoh yg berkunjung bt pertama kali ke umh sy dan ini pertemuan pertama kami setelah 5 bulan kenal di alam maya hehehe..kenal di grup pencinta roses iaitu ROS ROSE ROSA MAWAR HONEY BEE..dan MALAYSIAN ROSE SOCIETY..mmg happy dpt jumpe kwn2 yg di alam maya ni..sambil bertukar2 idea & pandangan mengenai minat yg sama..bendi ni dia tanam sendiri katanya..mmg besar2 gedabak buahnya..sempat lah bg jiran sebelah td sepiring..hurmm jomm tgk resepi ni..rasanya kwn2 pun tau bt ni.

BAHAN:

Bendi
Sotong/Udang
Bawang besar 1biji / bawang putih 3 ulas, cili masak, 2 biji sedikit belacan ditumbuk halus
sos tiram/garam/lada putih
Telur

CARA:

Tumis bahan2 yg telah ditumbuk td hingga garing
Masukkan bendi..kacau rata..masukkan sotong & udang..kacau hingga bendi masak..perasakn dgn sos tiram,garam dan lada putih..last pecahkan telur..gaul rata hingga telur agak kering dan angkat..sedia utk diratah...SELAMAT MENCUBA.

Selasa, 7 Ogos 2012

AYAM MASAK KICAP (PEDAS)



BAHAN:

Ayam digoreng dahulu dgn api yg perlahan jgn smpi garing..ketepikan.
Bawang Besar & bawang putih serta halia ditumbuk halus @ diblend
Cili boh
Kicap manis cap kipas udang
daun bawang
tomato hirisan
sedikit serbuk lada putih & serbuk lada hitam
sedikit cuka
sos tiram

CARA:

Tumis bahan2 yg telah ditumbuk td hingga garing.
Masukkan cili biar hingga garing..
Masukkan kicap..br masukkan ayam..gaul rata..
potong daun bawang, tomato, bawang besar yg dihiris tebal2 tabur atas ayam.. perasakan dgn sos tiram..serbuk lada itam & putih..cuka..garam xperlu sbb kicap tersebut sudah cukup utk memasinkan ayam...

SELAMAT MENCUBA!!!!!

SAMBAL SOTONG MIX TERUNG



BAHAN:

Sotong @ udang pun bolih
Terung
Bawang besar 2 bijik ditumbuk bersama 3 ulas bawang putih
Cili kering yg telah diblend
Sos Tiram sedikit belacan / garam

CARA:

Tumis bahan2 yg telah di tumbuk bersama belacan td..bila dh garing masukkan cili..kacau cili hingga masak dan garing masukkan terung biar smpi agak2 sedikit lembut br masukkan sotong..kacau rata then perisakan dgn sos tiram,garam...selesai!!!!! mudah je kan.

Isnin, 6 Ogos 2012

AYAM BAKAR HANNEY






Ayam

BAHAN2 UTK PERAPAN:


Bawang besar 2 labu diblend
Bawang putih 4 ulas diblend
Halia 1 inch diblend
Cili kering yg telah diblend..ikut suka nk pedas mana.
serai 1 btg diblend
sos tiram (ikut suka)
lada itam dan lada putih
1 sudu serbuk perisa lemon & peppers
1 sudu hot chilli grinder by Tesco
garam secukup rasa..

Cara:

Satukan sumer bahan2 diatas dan curah ke atas ayam..perap dlm 3-4 jam
Kalo rajin blh balut dgn daun pandan..bau lg harum dan sedap.

UDANG SERBUK KARI + TELUR







BAHAN:


Udang
Bawang Besar 1 labu
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1 inch
Cili kering yg telah diblend (amik 1 sudu besar jer)
1 sudu besar serbuk kari (xkira la ikn ker ayam ker janji serbuk kari)
Telur 1 biji
Sos Tiram
Daun kari
garam


CARA:


Goreng Udang hingga kekeningan..tos dan ketepikan.
Tumbuk bwang,halia dan tumiskan
Masukkan cili dan serbuk kari..kacau hingga garing..perasakan dgn sos tiram dan garam.
Masukkan udang,daun kari gaul rata2..br pecahkan telur..kacau rata2..biar dlm 2 minit br tutup api..