Selasa, 2 Ogos 2011

PIZZA WANJEBON




Pizza ni xsempat nk di amik picnya selepas di masak sbb ms tu bebudak ni dh kuarkan dlu dr oven tanpa pengetahuan mamanya..dan nama pizza ni spesel utk ank mak juju iaitu wan usj hihihi..moga beliau berbangga dgn terhasilnya pizza ini..sedap xsedap bakang kira janji blh makan..


Bahan-bahannya:
250gm tepung high protein
6gm yis mauripan
150gm air
5gm Gula
1 sudu teh garam


Cara menyediakan doh:
Memandang sumer dh pakai BREAD MAKER  maka satukan tepung,yis gula dan air..putar hingga menjadi doh..perap sebentar ..biarkan ia mengembang 2x ganda.
Canai doh kira2 1/8inci tebal dan muatkan dlm acuan pembakar yg telah digris dgn marjerin..ketepikan..


Cara menyediakan inti:
150gm daging/ayam kisar
3 ulas bwng putih~dicincang
4 ulas bwng merah~dicincang
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar minyak jagung~utk disapu atas pizza
2 biji cili benggala~dihiris nipis
2 biji bwng besar~dihiris nipis
2 biji tomato~hiris nipis
200gm keju cheddar ~diparut kasar
serbuk oregano
garam 
2 sudu besar sos spagetti kimball
Sedikit Serbuk Lada putih


Cara memasaknya:
Tumis bwng putih,bwng merah hingga garing..
Masukkan ayam/daging,tomato puri,sos spagetti, serbuk oregano,lada putih, garam dan masak hingga agak kering..
Angkat..sapu minyak jagung dia ats doh td..
Susun inti, sayur2an, cili benggala di atas doh..
Diakhiri dgn keju parut..
Bakar 20 minit suhu 180-200c


IGT PIZZA IGT JEBONNN!!!!!!

5 ulasan: